Dalam usaha menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan lain-lain pertubuhan yang berkaitan dengan kerja-kerja pembersihan, MACC telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan MAFM, Persatuan Pengurusan Fasiliti Malaysia dan QRAM, Persatuan Tandas Berkualiti Malaysia.
MACC diketuai oleh Presidennya, En Noruddin Idris, manakala MAFM oleh Presidennya, Datuk Seri Zahari Akob dan QRAM oleh Presidennya, Tuan Haji Hassan Hamzah.
Dalam pertemuan yang julung kalinya diadakan, sesi perbincangan tertumpu kepada pengenalan persatuan masing-masing, objektif persatuan dan kerjasama yang boleh dijalin antara persatuan dalam usaha meningkatkan kualiti kebersihan di Malaysia.
En Noruddin telah melahirkan hasrat agar pertemuan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang untuk mengukuhkan kerjasama antara persatuan.