TEL: 016-5583644

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Seminar Teknologi & Inovasi Pembersihan – 27 Jun 2019

Sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ke 25, MACC telah mengadakan Seminar Teknologi & Inovasi Pembersihan. Seminar tersebut bertujuan untuk memperkenalkan teknologi dan inovasi terkini dalam sektor pembersihan yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja pekerja.

Sebanyak lima pembentangan telah disampaikan. Makita (Malaysia) telah membentangkan mengenai teknologi tanpa wayar yang memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan tanpa wayar yang bersimpang siur. Manakala Imex Hygiene memperkenalkan twister padnya bagi menyelenggara kebersihan dan kilapan lantai tanpa menggunakan bahan kimia dan mengelakkan kerja-kerja ‘stripping’ dan ‘polishing’. Karcher memperkenal ‘fleet management’nya bagi mengesan mesin cucian, kekerapan mesin digunakan, keadaan mesin dan keperluan untuk ‘recharge’ mesin. 

Dua lagi pembentangan menyentuh mengenai penggunaan IT dalam pengurusan dan proses kerja cucian yang disampaikan oleh CIC Sdn Bhd. Manakala SMEPSS membincangkan mengenai pentingnya latihan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja pembersih.

Secara umumnya sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan kehadiran hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli MACC, kontraktor-kontraktor pembersihan dan para pelanggan dan pengurus bangunan.

Anda mungkin juga menikmati