Malaysia Association of Cleaning Contractor (MACC) telah mengendalikan kursus Teknik Mencuci Bangunan untuk kakitangan dan pekerja am rendah Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Ipoh dari 24 hingga 27hb September 2020 di UTC Ipoh. Kursus di kendalikan oleh En Noruddin Idris, Presiden MACC dan Tuan Haji Ahmad Samri, Ketua Biro Latihan dan Pembangunan MACC.
Selain dari tajuk berkaitan cara kerja mencuci turut dibincangkan ialah ‘Harga Diri Seorang Pembersih’ bagi membina keyakinan diri dan menghilangkan rasa malu bekerja sebagai pembersih. Disamping itu, turut disentuh aspek keselamatan semasa bekerja.
Kursus disampaikan secara teori dan amali.
Previous slide
Next slide