Pada 9 Julai yang lalu, buat julung kalinya, MACC telah menjayakan webinar; seminar atas talian bertajuk ‘Facing The Pandemic: The Vital Roles of Cleaning Contractors’, anjuran C.I.S Networks Sdn Bhd.
Ahli panel terdiri daripada En Nik Husin Datuk Nik Yusof dari Cleantech Consulting & Training, Tuan Haji Faizal Rahim dari Harta Maintenance Sdn Bhd dan Datuk Mohd Hedzir Shafii dari Juwara Resources & Trading Sdn Bhd. Moderator webinar ialah En Noruddin Idris, Presiden MACC.
Webinar antara lain membincangkan impak Covid-19 ke atas kontraktor pembersihan dan langkah yang perlu diambil oleh kontraktor bagi menanggani impak tersebut bagi pengekalan perniagaan mereka.
Seramai 358 pendengar yang terdiri daripada 59% kontraktor pembersihan, 28% pengurus fasiliti dan bangunan, 6% ahli perniagaan, 5% arkitek dan jurutera dan 2% pelajar telah mengikuti webinar ini.