TEL: 016-5583644

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Lawatan KPDNHEP ke MACC

Pada 25 Julai 2022, KPDNHEP yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Rohaizi Bahari, Pengarah Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, dan para pegawainya; En Muhamad Hanif Asa’ari, Pengarah Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, Ketua Penolong Pengarah; En Mohd Afandi Mohd Isa dan Cik Hanis Mohd Zainurin telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa MACC di pejabat Harta Maintenance Sdn Bhd di Eco Sky, Kuala Lumpur.

Tujuan pertemuan tersebut ialah untuk mengenal dan menjalin kerjasama lebih erat antara MACC dan KPDNHEP, khususnya dalam usaha untuk membangunkan Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan supaya lebih dynamic, berdaya maju dan berdaya saing. 

Dalam pertemuan tersebut MACC telah menayangkan video Profail MACC diikuti dengan pembentangan slide mengenai hala tuju MACC yang disampaikan oleh En Nik Husin, Setiauasaha Kerja MACC. Tuan Haji Hedzir turut membentangkan slide mengenai usaha ke arah mengadaptasi IR4, Revolusi Industri 4; Robotik, Automasi dan Pendigitalan.

Perwakilan dari KPDNHEP turut ditunjukkan penggunaan robot untuk kerja-kerja menyental lantai.

Anda mungkin juga menikmati