TEL: 016-5583644

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Sesi Libat Urus Mengenai Kelulusan Bagi Pengambilan Pekerja Asing (60K Akta Kerja 1955)

Pada 22 Ogos 2022, En Noruddin; Presiden, Tuan Haji Faizal; Timbalan Presiden dan En Nik Husin; Setiausaha Eksekutif MACC telah menghadiri Sesi Libat Urus Mengenai Kelulusan Bagi Pengambilan Pekerja Asing (60K Akta Kerja 1955).

Sesi tersebut menerangkan mengenai pindaan Akta Kerja 1955 khususnya Seksyen 60K yang mewajibkan semua majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Antara syarat kelulusan ialah majikan,

  1. tidak ada tonggakan caruman KWSP
  2. tidak ada tonggakan caruman PERKESO
  3. tidak ada tonggakan gaji pekerja
  4. membayar gaji pekerja tidak kurang dari gaji minimum
  5. tidak ada tindakan mahkamah yang berkaitan

Majikan perlu mendapatkan Sijil Kelulusan Ketua Pengarah JTKSM sebelum proses berikutnya iaitu mendapatkan quota dan seterusnya.

Anda mungkin juga menikmati