MACC atas permintaan ahli dari Melaka, Permata Mudi telah mengadakan kursus Penyeliaan Kerja Cucian Bangunan 1: Kawalan Kualiti.
Kursus diadakan bagi memenuhi syarat Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menetapkan bahawa kontraktor pencucian yang berjaya perlu mengadakan latihan untuk penyelia dan pekerja-pekerjanya dalam tempuh 3 bulan dari tarikh mula kontrak.
Kursus sehari yang dikendalikan oleh Presiden MACC, En Noruddin Idris. membincangkan mengenai peranan dan tanggungjawab Penyelia, cara menjalankan pemeriksaan bangunan, penyediaan jadual kerja, kawalan stok dan inventori dan menangani teguran pelanggan.
Disebabkan masa yang amat terhad, latihan stimulasi tidak dapat dijalankan.