Posted on Leave a comment

Thank Your Cleaner Day – 16 Okt 2019

Karcher (M) Sdn Bhd dengan kerjasama MACC telah mengadakan ‘Thank You Cleaner Day’, hari mengucapkan terima kasih kepada pekerja pencuci bagi mengiktiraf dan menghargai usaha dan kerja keras mereka dalam mengekalkan kebersihan sekeliling kita, sama ada di dalam atau di luar bangunan. 
 
Turut diadakan pada hari tersebut ialah Anugerah Pembersih 2019, yang bertujuan untuk 
  1. Mengiktiraf dan menghargai peranan pembersih dan penyelia dalam mengekalkan kebersihan alam sekitar kita.
  2. Menggalakkan sikap ‘industrious’, kerja keras dan sikap positif di kalangan kakitangan pekerja pembersihan.
  3. Menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan untuk bekerja dalam sektor pembersihan.
  4. Menghapuskan imej negatif sektor pembersihan.
Kategori Anugerah dan pemenangnya bagi tahun 2019 ialah,
 

1. Anugerah Pembersih Terbaik 2019 
Mohd  Nadzrie bin Raja Omar – Harta Maintenance Sdn Bhd
 
2. Anugerah Pengurus Terbaik 2019
Sahadan bin Fiee – Harta Maintenance Sdn Bhd
 
3. Anugerah Kepimpinan Terpuji 2019 
Noruddin Haji Idris, Q-Servces Sdn Bhd
 
4. Anugerah Syarikat Amalan Terpuji 2019
Harta Maintenance Sdn Bhd
 
Walaupun sambutan dari ahli-ahli agak hambar, MACC berharap ianya akan bertambah baik pada tahun-tahun berikutnya. Tahun ini adalah julung kalinya acara seperti ini diadakan di Malaysia. Ianya bermula di Australia beberapa tahun yang lalu.
 
MACC menganggap acara ini sebagai peluang untuk kontraktor mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan pekerja-pekerja di samping berpeluang memenangi anugerah yang disediakan.
Posted on Leave a comment

Sesi Percambahan Fikiran – 12-14 Okt 2019

MACC telah mengadakan sesi percambahan fikiran yang bertujuan untuk mengemas kini Visi, Misi, Objektif dan Kod Etika ahli supaya selaras dengan keperluan semasa. Di samping itu turut dibincangkan ialah penubuhan biro-biro dan sasaran aktiviti setiap biro.

Selain dari ahli jawatankuasa turut terlibat ialah kakitangan dari syarikat ahli-ahli jawatankuasa seperti dari Harta Maintenance, Juwara Resources and Q-Services bagi menyumbang ide dan buah fikiran mereka. Rumusan dari sesi tersebut adalah seperti berikut,

AKTIVITI HASIL PELAN TINDAKAN TANGGUNGJAWAB
Review Visi, Misi & Kod Amalan Ahli
Review telah disiapkan
Perlu dimasukkan dalam web site dan email kepada semua ahli persatuan

Hajah Azizah

Vois Wong

31/10/2019

Pembentangan Biro bagi program 2020

Melalui objektif yang ditetapkan
Menyediakan inisiatif-inisiatif dan pembentangan dalam mesyuarat AJK bulan Disember nanti

Ketua Biro

Hj Ahmad

Dato Zainal

En Ramli

SLA

En Nik perlu email pada group MACC untuk mendapatkan maklum balas. Perlu membuat perbincangan semula dengan Jawatankuasa Kecil 2 atau 3 kali.

Dibentangkan dalam mesyuarat AJK pada bulan Disember nanti

En Nik & Jawatankuasa Kecil

15/12/2019

Standard Rate

Dicadangkan menggunakan Benchmark BICSc dan draff daripada En Noruddin

Perbincangan dalam Jawatankuasa Kecil & dibentangkan dalam mesyuarat AJK Disember nanti

En Nik & Jawatankuasa Kecil

15/12/2019

Thank You Your Cleaner Day (TYCD)
MACC akan mendapatkan penyertaan sekurang-kurangnya 100 orang.
Daripada AJK, ahli dan pihak pelanggan
16/10/2019
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Sebahagian daripada Biro Latihan & Pembangunan
Sasaran 50 orang setahun dan menganjurkan Konvokesyen pada akhir tahun 2020

Hj Ahmad

En Noruddin

Hj Faizal

Surat kepada Menteri KPDNHEP
Menyediakan surat dan penghantaran melalui Datuk Dr.Hj Radzali Hassan, Penasihat MACC
Surat telah disediakan dan perlu dibetulkan

En Noruddin

Hj Faizal

Training yang dikendalikan oleh MACC
Perlu menyediakan skim pembayaran selepas kursus untuk MACC, trainer dan lain-lain.
Menyediakan skim yang telus dan diluluskan oleh jawatankuasa
En Noruddin & Jawatankuasa
Archidex
Archidex akan mengadakan pemasaran dan menjemput ahli jawatankuasa MACC menyertai
Mesyuarat akan diadakan pada 17/10/2019 di pejabat Q services
En Noruddin
Eco Labelling
Menyediakan Template daripada SIRIM
Perlu dibincangkan dan di email kepada SIRIM

Hj Faizal, En Nik

& Hj Ali (18/10/2019)

Minimum Wages 2020
Tambahan gaji minimum daripada RM 1100 kepada RM 1200 dikawasan bandar bandar utama
Cadangan surat kepada Kementerian Sumber Manusia di atas kekangan yang dihadapi ahli-ahli persatuan & penjumpaan dengan KSM
Posted on Leave a comment

Kursus Penyeliaan Kerja Cucian Bangunan – 1-14 Sept 2019

MACC atas permintaan ahli dari Melaka, Permata Mudi telah mengadakan kursus Penyeliaan Kerja Cucian Bangunan 1: Kawalan Kualiti.

Kursus diadakan bagi memenuhi syarat Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menetapkan bahawa kontraktor pencucian yang berjaya perlu mengadakan latihan untuk penyelia dan pekerja-pekerjanya dalam tempuh 3 bulan dari tarikh mula kontrak.

Kursus sehari yang dikendalikan oleh Presiden MACC, En Noruddin Idris. membincangkan mengenai peranan dan tanggungjawab Penyelia, cara menjalankan pemeriksaan bangunan, penyediaan jadual kerja, kawalan stok dan inventori dan menangani teguran pelanggan.

Disebabkan masa yang amat terhad, latihan stimulasi tidak dapat dijalankan.

Posted on Leave a comment

Expo Clean 2019, Jakarta & Business Leader’s Forum – 12 Jul 2019

Semasa di Jakarta, kami berkesempatan melawat Expo Clean 2019 serta mengikuti Business Leader’s Forum dengan tajuk ‘Technology & Automation in Commercial and Industrial Cleaning.’

Menurut Bapak Adi Permadi, Presiden Aeon, kontraktor pembersihan tidak boleh lari dari mengadaptasi teknologi dan automasi untuk kelangsungan usaha niaganya. Kenyataan ini turut diperkuatkan oleh Bapak Bernanto Soerojo dari BOMA yang menegaskan, pertumbuhan bangunan pencakar langit memerlukan kontraktor pembersihan menggunakan teknologi dan automasi untuk membersihkan bangunan-bangunan tersebut.

Di samping itu Bapak Bernanto turut mengusulkan supaya APKLINDO (Asosiasi Perusahaan Klining Indonesia) mengklasifikasikan kontraktor-kontraktor pembersihan mengikut kemampuan dan kepakarannya seperti kontraktor pembersihan hospital, mall, menara pejabat dan sebagainya. Cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh MACC.

Bapak Bernanto turut mencadangkan kawasan liputan kerja pekerja yang standard, iaitu seorang pekerja berapa keluasan yang boleh dijaga; mengikut jenis bangunan; shopping mall, bangunan pejabat, hospital dan lain-lain. Cadangan ini hampir sama dengan ‘produktiviti rate’ yang dikeluarkan oleh British Institute of Cleaning Science (BICSc)’. Sesuatu yang perlu difikirkan oleh jawatankuasa MACC.

Posted on Leave a comment

Lawatan Sambil Belajar ke Kasablanka Mall, Jakarta – 11 Jul 2019

Jawatankuasa MACC (atas perbelanjaan sendiri)  serta dua pemenang tiket penerbangan, telah ke Jakarta Indonesia bagi menghadiri Expo Clean, Jakarta 2019. Kesempatan berada di Jakarta telah digunakan untuk melawat Kasablanka Mall, kompleks serba guna terbesar di Asia. 

Kasablanka Mall merupakan sebahagian dari pembangunan berbagai yang meliputi kawasan seluas 11.5 hektar yang terdiri daripada menara pejabat, suit pejabat servis, pusat membeli-belah, dewan konvention dan menara kondominium. Pusat membeli-belahnya adalah seluas 60,000 m2, dengan lebih 250 unit kedai.

Kehadiran kami telah disambut oleh Bapak Nur Rachmat; Penolong Pengurus Operasi Kota Kasablanka dan Ibu Rini yang telah mengiringi kami melawat Mall serta tempat utama di Mall seperti di Masjid dalam Mall dan Dewan Konvension yang pernah menerima kunjungan bekas Presiden Amerika Syarikat; Barack Obama.

Apa yang menarik perhatian kami ialah kebersihan keseluruhan mall khususnya kawasan tandas dan surau yang tidak berbau masam disebabkan karpet yang lembab. Dari pemerhatian kami, terdapat jarak antara tempat wuduk dan dewan sembahyang, yang memungkinkan tapak kaki kering sebelum mencecah karpet dewan sembahyang.

Kami difahamkan setiap tingkat terdapat 3 orang pekerja menjaga kawasan lobi dan seorang pekerja bagi setiap unit tandas. Setiap pekerja mempunyai tag pengesan bagi memastikan mereka tidak keluar dari kawasan bekerja masing-masing. Rata-rata pekerja pencucinya di bawah 25 tahun. Pekerja di bayar gaji dalam lingkungan RM1,200 sebulan dan diberi latihan setiap minggu.

Tahap kebersihannya yang tinggi adalah disebabkan liputan kawasan kerja pekerja yang rendah, pekerja yang muda-muda belaka; masih aktif dan bertenaga serta latihan yang diberi secara berterusan. Paling penting ialah kesanggupan pihak pengurusan bangunan membayar harga kontrak yang tinggi untuk kualiti kebersihan yang terbaik.

Posted on Leave a comment

Seminar Teknologi & Inovasi Pembersihan – 27 Jun 2019

Sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan ke 25, MACC telah mengadakan Seminar Teknologi & Inovasi Pembersihan. Seminar tersebut bertujuan untuk memperkenalkan teknologi dan inovasi terkini dalam sektor pembersihan yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja pekerja.

Sebanyak lima pembentangan telah disampaikan. Makita (Malaysia) telah membentangkan mengenai teknologi tanpa wayar yang memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan tanpa wayar yang bersimpang siur. Manakala Imex Hygiene memperkenalkan twister padnya bagi menyelenggara kebersihan dan kilapan lantai tanpa menggunakan bahan kimia dan mengelakkan kerja-kerja ‘stripping’ dan ‘polishing’. Karcher memperkenal ‘fleet management’nya bagi mengesan mesin cucian, kekerapan mesin digunakan, keadaan mesin dan keperluan untuk ‘recharge’ mesin. 

Dua lagi pembentangan menyentuh mengenai penggunaan IT dalam pengurusan dan proses kerja cucian yang disampaikan oleh CIC Sdn Bhd. Manakala SMEPSS membincangkan mengenai pentingnya latihan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja pembersih.

Secara umumnya sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan kehadiran hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli MACC, kontraktor-kontraktor pembersihan dan para pelanggan dan pengurus bangunan.