Posted on Leave a comment

Webinar ‘Changing Landscape of Cleaning: New Normal’ – 19 Nov 2020

Pada 19 Nov. 2020 telah bersiaran atas talian webinar dengan tajuk ‘Changing Landscape of Cleaning: New Normal’.

Webinar yang membincangkan mengenai perubahan ekpektasi pelanggan dan pendekatan baru kerja-kerja pembersihan khususnya kesan dari wabak Covid-19 dikendalikan oleh,

Moderator: Tuan Haji Faizal Rahim Moidunny – Pemangku Timbalan Presiden MACC

Speaker   :

  1. En Yap Lip Seng – CEO Malaysian Association of Hotels (MAH)
  2. En Raj Kumar Mahful – Ketua Pegawai Teknologi, Cleaning Innovation Centre (CIC) Sdn Bhd
Posted on Leave a comment

Taklimat Kemudahan Yang Disediakan oleh CGC – 11 Nov 2020

Bagi membantu ahli-ahli yang menghadapi masalah aliran tunai serta kekurangan modal untuk memajukan perniagaan, MACC dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah mengadakan taklimat atas talian mengenai kemudahan yang disediakan oleh CGC khususnya untuk usahawan Bumiputera. Slides taklimat boleh dimuat turun dari laman sesawang MACC, macc.org.my

Posted on Leave a comment

Webinar ‘Changing Landscape of Cleaning: Driving the Cleaning and Maintenance Industry’ – 10 Nov 2020

Webinar seterusnya dalam siri ‘Changing Landscape of Cleaning’, telah bersiaran atas talian pada 10 Nov 2020 dengan tajuk ‘Driving the Cleaning and Maintenance Industry’.

Webinar ini membincangkan pemancu pertumbuhan industri pembersihan dan penyelenggaraan bangunan yang disampaikan oleh;

Moderator: En. Noruddin Hj Idris, Presiden MACC

Speaker   :

  1. En Wong Yee Kong – Pengurus Produk, Tennant, UMW Industries Sdn Bhd
  2. En Dhinaraj Das – Pengurus Besar Duramax (M) Sdn Bhd
  3. Puan Hajjah Jamiah Jaafar – Pengarah Pembangunan Perniagaan, Harta Maintenance Sdn Bhd

Webinar dikendalikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Hedzir Shafii, Bendahari MACC.

Posted on Leave a comment

Webinar ‘Changing Landscape of Cleaning: Global Prospect’ – 21 Okt 2020

Meneruskan siri webinar ‘Changing Landscape of Cleaning’, dengan tajuk ‘Global Prospect’ telah disiarkan secara atas talian pada 21 Okt. 2020.

Webinar yang membincangkan mengenai peluang meneroka pasaran luar negara di kendalikan oleh,

Moderator: En. Noruddin Hj Idris, Presiden MACC

Speaker   :

  1. Datuk Dr Haji Radzali Hassan – Pengerusi Persatuan Franchise Malaysia
  2. Hafiz Abdul Jalili – Pengurus Kanan Jabatan Perkhidmatan, MATRADE
  3. Ir. Chandrasegaran – Penolong Naib President, Malaysian Shopping Malls Association (PKK)
Posted on Leave a comment

Webinar ‘Changing Landscape of Cleaning: Green Technology’ – 7 Okt 2020

Pada 7 Okt. 2020, MACC telah mengadakan webinar dengan tajuk ‘Changing Landscape of Cleaning : Green Technology’. Antara perkara yang dibincangkan ialah perlunya sektor pembersihan beralih ke teknologi hijau dalam usaha memelihara alam sekitar, selaras dengan matlamat pembersihan.

Webinar di kendalikan oleh,

Moderator: En. Nik Husin Datuk Nik Yusoff

Setiausaha Eksekutif MACC

Speaker   :

  1. Danny Lim (CEO IMEC Hygiene Sdn Bhd)
  2. Arivagara Pavithran (Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Asset & Fasiliti, Jabatan Standard Malaysia)
  3. En Ismail Tim Abdullah (Head of Sales, Karcher (M) Sdn Bhd)
Posted on Leave a comment

Kursus Teknik Mencuci Bangunan Di UTC Ipoh – 24-27 Sep 2020

Malaysia Association of Cleaning Contractor (MACC)  telah mengendalikan kursus Teknik Mencuci Bangunan untuk kakitangan dan pekerja am rendah Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Ipoh dari 24 hingga 27hb September 2020 di UTC Ipoh. Kursus di kendalikan oleh En Noruddin Idris, Presiden MACC dan Tuan Haji Ahmad Samri, Ketua Biro Latihan dan Pembangunan MACC.

Selain dari tajuk berkaitan cara kerja mencuci turut dibincangkan ialah ‘Harga Diri Seorang Pembersih’ bagi membina keyakinan diri dan menghilangkan rasa malu bekerja sebagai pembersih. Disamping itu, turut disentuh aspek keselamatan semasa bekerja.

Kursus disampaikan secara teori dan amali.

Previous slide
Next slide
Posted on Leave a comment

Masyuarat Agung Tahunan ke-27 – 23 September 2020

Mesyuarat Agung Tahunan ke 27 telah diadakan di Hotel AC Marriot Kuala Lumpur dalam suasana Covid-19 dengan mematuhi segala SOP yang ditetapkan kerajaan. Antara ketetapan mesyuarat adalah seperti berikut;

  1. Menerima perletakan jawatan oleh En Nagarajah, Timbalan Presiden. Tanggungjawap beliau akan diambil alih oleh Naib Presiden, Tuan Haji Faizal Rahim yang akan memangku jawatan Timbalan Presiden.
  2. Menerima cadangan pertukaran nama MACC dan menyerahkannya kepada Jawatankuasa untuk memilih nama yang sesuai untuk dibentangkan di mesyuarat agung berikutnya.
Posted on Leave a comment

Webinar ‘Pemerkasaan Industri Pembersihan Negara: Cabaran & Isu-Isu Terkini’ – 24 Sep 2020

Sepanjang tempuh PKP, MACC telah meneruskan usaha membantu ahli-ahli menghadapi cabaran kesan dari Covid-19 dengan mengadakan beberapa siri webinar; seminar atas talian bagi membantu. Antara webinar yang diadakan ialah siri webinar ‘Changing Landscape of Cleaning’, yang dijalankan dengan kerjasama CIS.

Memulakan siri webinar ini ialah perbincangan yang bertajuk ‘Pemerkasaan Industri Pembersihan Negara: Cabaran & Isu-Isu Terkini’. Perbincangan dikendalikan oleh Tuan Haji Faizal Rahim Moidunny, Pemangku Timbalan Presiden MACC, dengan ahli panel terdiri daripada Dato’ Haji Mohamad Hedzir Shafii; Pengarah Urusan Juwara Resources & Trading Sdn Bhd, En. Nor Azman Amat Kalam; Setiausaha Agung Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM) dan En. Rozaini Nizar; ahli Institut Pengurus Harta & Fasiliti Malaysia (MIPFM).

Perbincangan berkisar kepada cabaran dan isu-isu terkini yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor pembersihan dan perlunya ahli, kontraktor dan pelanggan mengembleng tenaga untuk memperkasakan industri pembersihan di Malaysia.

Posted on Leave a comment

Taklimat PENJANA oleh PERKESO – 23 Sep 2020

Dalam usaha membantu ahli-ahli memulihkan perniagaan mereka pasca Covid-19, MACC telah mengadakan Taklimat PENJANA oleh PERKESO sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 26 MACC yang diadakan pada 23hb September 2020 di Hotel AC Marriot, Kuala Lumpur.

Puan Fadlina binti Adam, Ketua Zon (Perkhidmatan Pekerjaan), PERKESO telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program LatIhan’ di Bawah Program Insentif PENJANAKERJAYA. Di bawah program tersebut terdapat 4 insentif yang disediakan, iaitu; 

  1. MyApprentice– Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.
  2. HireMalaysia – yang terdiri daripada tiga kategori insentif iaitu,
  1. Insentif Pengambilan Pekerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
  2. Insentif Pengambilan Pekerja tempatan berumur 40 tahun sehingga 60 tahun; dan
  3. Insentif Pengambilan Pekerja tempatan dalam golongan mudah terjejas terutamanya Orang Kurang Upaya (OKU) dan peserta Program Return to Work PERKESO
    • Bantuan Mobiliti(Mobility Assistance) – bayaran one-off kepada pekerja melalui majikan yang berpindah dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;
  1. Program Latihan– menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah kategori #HireMalaysia.

Seterusnya Puan Farah Wahidah Anuar Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, SIP telah menerangkan mengenai kaedah pendaftaran dalam MyFutureJobs bagi majikan yang memerlukan pekerja dan orang yang kehilangan kerja.

MACC akan mengambil tindakan susulan bagi mengatur program pengambilan pekerja di Projek Perumahan Rakyat dengan kerjasama PERKESO.