Posted on Leave a comment

Webinar ‘Facing the Pandemic: Vital Roles of Cleaning Contractors’ – 9 Jul 2020

Pada 9 Julai yang lalu, buat julung kalinya, MACC telah menjayakan webinar; seminar atas talian bertajuk ‘Facing The Pandemic: The Vital Roles of Cleaning Contractors’, anjuran C.I.S Networks Sdn Bhd.

Ahli panel terdiri daripada En Nik Husin Datuk Nik Yusof dari Cleantech Consulting & Training, Tuan Haji Faizal Rahim dari Harta Maintenance Sdn Bhd dan Datuk Mohd Hedzir Shafii dari Juwara Resources & Trading Sdn Bhd. Moderator webinar ialah En Noruddin Idris, Presiden MACC.

Webinar antara lain membincangkan impak Covid-19 ke atas kontraktor pembersihan dan langkah yang perlu diambil oleh kontraktor bagi menanggani impak tersebut bagi pengekalan perniagaan mereka.

Seramai 358 pendengar yang terdiri daripada 59% kontraktor pembersihan, 28% pengurus fasiliti dan bangunan, 6% ahli perniagaan, 5% arkitek dan jurutera dan 2% pelajar telah mengikuti webinar ini.

Posted on Leave a comment

Perbincangan dengan JPK. Kem. Sumber Manusia – 20 Feb 2020

MACC, diketuai oleh Presiden, Encik Noruddin b Hj Idris dan AJK terdiri daripada, Ketua Sekretariat Encik Nik Husin b Nik Yusoff, Ketua Biro Keahlian & Aduan, Encik Ramli b Usrak dan pemerhati dari CIC En Raj Kumar b Mahful telah berkunjung ke JPK, Cyberjaya bagi membincangkan isu latihan pekerja industri.

Kehadiran AJK MACC telah disambut oleh pegawai JPK, Encik Mohd Faisal b Ahmad, Ketua Penolong Pengarah JPK dan Encik Nasron, pembantu beliau.

Antara perkara yang disampaikan oleh MACC ialah, 

  1. SKM melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada pekerja industri sektor pembersihan kurang berkesan.
  2. Meminta penjelasan tatacara kaedah pengiktirafan melalui program PPT dari pihak JPK
  3. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) HT-070-5:2012 Pengurusan Operasi (Hygiene Hygiene Operation Management) (18-12-2012) HT-070-4:2012, tidak sesuai dengan keperluan industri.

Setelah mendengar perkara di atas, pihak JPK telah mengkategorikan hal yang dibangkitkan di atas seperti berikut;

Bagi perkara berkaitan NOSS, pihak JPK meminta MACC untuk membuat surat dan berhubung terus dengan Bahagian berkaitan. Ini kerana, pihak Encik Faisal adalah pihak yang menguruskan program PPT dan hal berkaitan NOSS adalah di luar bidang kuasa beliau.

Walaubagaimanapun, berkenaan penilaian dan kaedah perlaksanaan PPT, pihak JPK telah memberikan penjelasan kepada pihak MACC seperti berikut.

  • Semua calon yang hendak diberikan pengiktirafan melalui program PPT hendaklah benar-benar telah bersedia bagi tujuan mencapai maksud sebenar program PPT sendiri.
  • Proses bagi menyediakan calon berkenaan adalah tertakluk kepada organisasi atau individu yang ingin mendapatkan pengiktirafan. 
  • MACC, selaku organisasi yang akan menjadi pihak yang mewakili pemain industri pembersihan, harus menerangkan kepada kontraktor pembersihan agar memberikan latihan yang secukupnya kepada kakitangan mereka.
  • Kontraktor pembersihan perlu memastikan tempoh pengalaman kerja yang diperlukan ditepati menurut keperluan program PPT dan calon berkenaan benar-benar kompeten dengan tahap pengiktirafan yang diperlukan seperti SKM tahap 2, tahap 3 dan seterusnya.

JPK memaklumkan, tempoh penilaian untuk calon mendapatkan SKM melalui kaedah PPT adalah mengikut keperluan sektor industri berkaitan, selama mana ianya bersesuaian dengan keperluan penilaian yang hendak di buat dan tidak semestinya dalam tempoh 8 jam sahaja. Ianya boleh lebih atau kurang daripada itu menurut kesesuaian kaedah penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPK dan pada pandangan penilai.

Penilaian bagi mendapatkan SKM – PPT ini juga boleh diubahsuai untuk dipecahkan kepada beberapa siri sekiranya dirasakan perlu.

Lokasi bagi menjalankan aktiviti PPT juga adalah tergantung kepada pihak MACC yang dirasakan wajar bagi memenuhi objektif program PPT. Lokasi, peralatan bagi menjalankan aktiviti penilaian, senario kawasan penilaian hendaklah diambil kira bagi memastikan keberkesanan penilaian ini.

Program PPT yang hendak dianjurkan ini hendaklah dimohon melalui pihak JPK. Pihak JPK akan menyelaras Pegawai Penilai yang layak bagi melaksanakan penilaian.

Buat masa ini, Pegawai Penilai yang layak untuk melakukan penilaian hanya terdapat seorang sahaja iaitu Encik Nik Husin b Nik Yusoff.

Posted on Leave a comment

Perjumpaan Pen. Bendahari MACC, En Mohd Nor Mokhtar dgn Dr. Nirwan Nih, Timb.S/U Bhg. Fisikal & Ekonomi, Kem. Kewangan Malaysia – 12 Feb 2020

Perjumpaan Pen. Bendahari MACC, En Mohd Nor Mokhtar dengan Dr. Nirwan Nih, Timb.S/U Bhg. Fisikal & Ekonomi, Kem. Kewangan Malaysia.

Pada 12 Feb 2020, Penolong Bendahari MACC telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Setiausaha Bahagian Fisikal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyampaikan hasrat MACC untuk menyertai perbincangan penyediaan budget negara 2021.

Beliau menyambut baik hasrat tersebut dan meminta MACC untuk mengemukakan memorandum cadangan untuk penyediaan budget 2021. Memorandum Penyediaan Budget 2021 telah dikemukakan pada 20hb Mei 2020 diikuti dengan ringkasan cadangan untuk penyediaan budget mengikut format yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Memorandum yang dikemukakan boleh dimuat turun dari www.macc.org.my.