Posted on Leave a comment

Seminar Atas Talian: MACC/PLANWORTH

PKP tidak menghalang MACC dari terus berusaha membantu ahli-ahli dalam memajukan usahaniaga mereka melalui pendedahan teknologi dan pendekatan inovatif kerja-kerja pembersihan.

Pada 26 Ogos 2021, MACC dengan kerjasama Planworth Global Factoring Sdn Bhd telah mengadakan seminar atas talian dengan dua tajuk pembentangan.

Puan Elaine, Naib Presiden Eksekutif Planworth telah membincangkan, bagaimana meningkatkan peluang untuk memenangi tender dari perspektif kewangan’. Manakala En Raj Kumar Mahful membincangkan bagaimana ah untuk berjaya dalam tranformasi digital untuk kontraktor pembersihan.

Moderator seminar ialah Tuan Haji Faizal Rahim Moidunny, Pemangku Timbalan Presiden MACC.

Posted on Leave a comment

Webinar ‘SMART CLEANING WITH PDIR’

Pada 14 Okt. 2021 telah berlansung webinar dengan tajuk ‘SMART CLEANING WITH PDIR’ yang dijayakan bersama Karcher (M) Sdn Bhd.

Pendedahan mengenai pentingnya mengawal kemasukan kotoran ke dalam bangunan bagi memelihara kebersihan bangunan, disampaikan oleh En Duncan, Pengurus Pemasaran Karcher (M) Sdn Bhd.

Diharap dengan tersiarnya rencana tersebut akan membuka minda kontraktor untuk tidak menawarkan harga yang terlalu rendah sehingga menganianya pekerja dan pelanggan tidak memilih kontraktor berdasarkan harga terendah semata-mata.

Posted on Leave a comment

Rencana: ‘Kontraktor Pembersihan Mangsa PKP 3.0’

Semasa PKP 3.0 dikuatkuasa bermula 1 Jun 2021, ramai kontraktor pembersihan menghadapi masalah untuk mendapatkan surat kelulusan beroperasi. Ini menjejaskan operasi syarikat, di mana pekerja-pekerja tidak dapat hadir bekerja di bangunan-bangunan yang amat memerlukan perkhidmatan pencucian.

Setelah beberapa rayuan yang dibuat ke beberapa Kementerian berkaitan seperti MITI, KPKT dan KPDNHEP gagal mendapat tindak balas positif, Presiden MACC, En Noruddin Idris telah menyuarakan masalah tersebut melalui media massa seperti Malaysian Reserve, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian, termasuk akhbar berbahasa China; Oriental Daily.

Posted on Leave a comment

Mengurus Kewangan Dalam Era COVID-19 Untuk Kelestarian Perniagaan Bagi Kontraktor Pembersihan

Persatuan Kontraktor Perkhidmatan Pencucian Malaysia sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli, antaranya masalah aliran tunai. Selaras dengan itu MACC dengan kerjasama Planworth Global Factoring Sdn Bhd (Planworth) telah menganjurkan webinar secara percuma untuk mengupas isu tersebut.

Antara tajuk perbincangan ialah;

  1. Cabaran Kewangan Kontraktor Pembersihan yang dibentangkan oleh Persatuan Kontraktor Perkhidmatan Pencucian Malaysia (MACC)
  2. Meneroka Peluang Kontrak Pembersihan Dalam Kerajaan Pusat yang disampaikan oleh Commerce Dot Com (CDC)
  3. Bagaimana Untuk Memilih Rakan Kewangan? yang dibentangkan oleh Planworth Global Factoring Sdn Bhd (Planworth)

Perbincangan yang berlansung selama lebih sejam telah membuka minda ahli-ahli kepada peluang kontrak pembersihan yang ditawarkan oleh CDC dan kemudahan kewangan yang disediakan oleh Planworth.

Posted on Leave a comment

Sesi Perbincangan Online Bersama Jabataan Tenaga Kerja

Pada 25 Januari 2021, MACC yang diwakili oleh Bendahari Kehormat, Datuk Hadzir Shafii telah menyertai mesyuarat atas talian online bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK)  dan beberapa Jabatan/Agensi kerajaan,  yang berkaitan pematuhan kepada Akta 446. Turut serta di dalam mesyuarat tersebut antaranya ialah Persatuan Pengusaha Restoran.

Objektif JTK ialah,

  1. Mewajibkan semua pengusaha memohon Pengakuan Penginapan Pekerja secara online
  2. Mewajibkan swab test
  3. Mematuhi dan melaksanakan akta 446 tanpa terkecuali.

Dato’ Bendahari  telah menyuarakan pandangan MACC berkaitan perkara tersebut antaranya,

  1. Perkara pokok yang mesti diselesaikan dahulu ialah ketiadaan Kementerian khusus untuk sektor pembersihan bernaung. Pengerusi mesyuarat mengambil maklum dan menyerahkan isu tersebut kepada Jawatankuasa Induk untuk mengambil tindakan dan kemungkinan KPDNHEP akan bertindak.
  2. Program kalibrasi PATI yg mana industri pencucian tidak termasuk didalam senarai – Pengerusi maklum dan meminta surat dihantar kepada KSM dan KDN.
  3. MACC bersedia untuk berkongsi pendapat dan mohon supaya dijemput ke sesi webinar  akan diadakan oleh JTK.
  4. Swab test – Akibat dari proses Imigresen yang agak terhad, ramai pekerja asing tidak mempunyai pelekat pas kerja semasa walaupun bayaran levi telah dibuat dan ini mengganggu urusan yang berkaitan termasuk swab test yang mana perlu mendaftarkan pekerja ke dalam Perkeso. – Pengerusi maklum dan akan membincangkan isu ini dengan jawatankuasa induk.