Posted on Leave a comment

Sesi Libat Urus: Membincangkan Masalah Semasa Kontraktor Pembersihan

SESI LIBAT URUS

MACC bersama AHLI-AHLI MACC Melaka & Negeri Sembilan (Membincangkan masalah semasa kontraktor pembersihan).

  • 30 September 2022
  • Hotel MITC, Air Keroh Melaka
  • 8.30 pg – 12.30 tgh

Masa

ATURCARA

8.30 pg

Pendaftaran

9.00 pg

Taklimat Insentif CAKNA oleh MBSB

10.00 pg

Minum pagi

10.30 pg

Video Clip – Profail MACC

 

Video Clip – Cabaran Sektor Pembersihan

 

Sesi Perbincangan dan Soal Jawap

12.30 tgh

Makan Tengahari

Sila hubungi:

  1. Tuan Haji Zainal Wahab – 0136225517
  2. Puan Hajjah Azizah Man – 0193158470
  3. En Mohd Nor Mokhtar – 0123156146

untuk pengesahan kehadiran anda.

Posted on Leave a comment

Sesi Brainstorming: Majlis Beramah Mesra bersama Ahli Jawatan kuasa MACC

Untuk ahli-ahli yang dijemput sahaja.

Tarikh   :  Jumaat, 29 Sept 2022

Masa    :  9.00 pg – 5.00 ptg

Tempat: Hotel MITC, Air Keroh Melaka

Antara isu akan dibincangkan;

  • Cadangan penambahbaikan dasar pengambilan pekerja asing bagi sektor pembersihan
  • Penetapan harga minimum kontrak membersih bangunan
  • Penyediaan budget pengurusan untuk MACC bagi mendapatkan grant dari KPDNHEP
  • Lain-lain isu berbangkit
Posted on Leave a comment

Rencana: ‘Harga Kontrak Rendah Punca Pekerja Teranianya’

Rencana yang ditulis oleh Presiden MACC, En Noruddin Idris mengenai masalah harga kontrak rendah dan kesannya ke atas sektor pembersihan, telah tersiar dalam Utusan Malaysia di ruangan Forum pada 5 Mach 2022.

Diharap dengan tersiarnya rencana tersebut akan membuka minda kontraktor untuk tidak menawarkan harga yang terlalu rendah sehingga menganianya pekerja dan pelanggan tidak memilih kontraktor berdasarkan harga terendah semata-mata.

Posted on Leave a comment

Sesi Libat Urus Dengan Ahli-Ahli MACC

Pada jam 3.00 ptg, 22 Ogos 2022, MACC telah mengadakan sesi Libat Urus Dengan Ahli bertempat di Royal Lake Club, Taman Tasek Perdana. Sesi tersebut bertujuan untuk bertukar pendapat dan pandangan dengan ahli-ahli mengenai masalah dan arah tuju industri serta memberi pencerahan usaha yang telah dijalankan oleh MACC untuk memajukan sektor pembersihan. Pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli dijadikan garis panduan arah tuju MACC dalam memajukan lagi sektor pembersihan. Disamping itu masalah yang dibangkitkan oleh ahli-ahli akan diambil tindakan dan dipanjangkan ke pihak yang berkaitan.

Posted on Leave a comment

Sesi Libat Urus Mengenai Kelulusan Bagi Pengambilan Pekerja Asing (60K Akta Kerja 1955)

Pada 22 Ogos 2022, En Noruddin; Presiden, Tuan Haji Faizal; Timbalan Presiden dan En Nik Husin; Setiausaha Eksekutif MACC telah menghadiri Sesi Libat Urus Mengenai Kelulusan Bagi Pengambilan Pekerja Asing (60K Akta Kerja 1955).

Sesi tersebut menerangkan mengenai pindaan Akta Kerja 1955 khususnya Seksyen 60K yang mewajibkan semua majikan yang ingin mengambil pekerja asing perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Antara syarat kelulusan ialah majikan,

  1. tidak ada tonggakan caruman KWSP
  2. tidak ada tonggakan caruman PERKESO
  3. tidak ada tonggakan gaji pekerja
  4. membayar gaji pekerja tidak kurang dari gaji minimum
  5. tidak ada tindakan mahkamah yang berkaitan

Majikan perlu mendapatkan Sijil Kelulusan Ketua Pengarah JTKSM sebelum proses berikutnya iaitu mendapatkan quota dan seterusnya.

Posted on Leave a comment

Mesyuarat Kajian Penambahbaikan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan

Pada 11 Ogos 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjemput MACC untuk menghadiri Mesyuarat Kajian Penambahbaikan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan.

Mewakili MACC ke mesyuarat tersebut ialah Presiden; En Noruddin, Timbalan Presiden; Tuan Haji Faizal Rahim dan Setiausaha Kerja; En Nik Husin. Turut hadir ialah En Shahbuddin mewakili Harta Maintenance Sdn Bhd. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato; Rohaizi Bahari, Ketua Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan KPDNHEP membincangkan skop kajian yang akan dijalankan bagi penambahbaikan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan.

Tujuan kajian dijalankan untuk mencapai objektif berikut;

  1. Menentukan syarat-syarat baru permohonan pengambilan pekerja asing termasuk pengiraan kuota kelayakan.
  2. Mengenalpasti keperluan membuka lebib banyak lokasi yang sesuai untuk membenarkan syarikat pencucian menjalankan aktiviti perniagaan yang melibatkan tenaga kerja asing.
  3. Mengenalpasti kaedah-kaedah penambahbaikkan pengawal seliaan pekerja asing bagi Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan.

MACC menyambut baik usaha KPDNHEP menjalankan kajian tersebut yang tentunya dapat mambantu mempermudahkan pengambilan pekerja asing bagi kontraktor pembersihan yang ‘genuine’ dan pada masa yang sama mengelak kuota pengambilan pekerja asing disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.

Posted on Leave a comment

Catatan Minit Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa MACC – BIL 2/2022-2024

Tempat: Sinar Global Academy Office
Masa: 25 Julai 2022
Tarikh: 2.50 petang

Hadir:

  1. En Norruddin Idris – Presiden
  2. Tn Hj Faizal Rahim – Tim. Presiden
  3. Tn Hj Nik Hussin Nik Yusof – Setiausaha Eksekuitif
  4. Datuk Md Zainal Wahab – Naib Presiden
  5. Pn Hjh Azizah Man – Setiausaha
  6. En Rosdi Ahmad – Bendahari
  7. En Mohamad Ramli Usrak – AJK
  8. En Mohd Muzaini Dato’ Mohd Zain – AJK
  9. En B. Murali Nair – AJK
  10. En Zulkifli Salleh – AJK
  11. Mohd. Nor Mokhtar – Pen. Setiausaha (Pencatat Minit)

Tidak Hadir (Dengan Izin):

  1. Pn Kalthom Ab Wahab – Pen. Bendahari
Posted on Leave a comment

Lawatan KPDNHEP ke MACC

Pada 25 Julai 2022, KPDNHEP yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Rohaizi Bahari, Pengarah Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, dan para pegawainya; En Muhamad Hanif Asa’ari, Pengarah Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, Ketua Penolong Pengarah; En Mohd Afandi Mohd Isa dan Cik Hanis Mohd Zainurin telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa MACC di pejabat Harta Maintenance Sdn Bhd di Eco Sky, Kuala Lumpur.

Tujuan pertemuan tersebut ialah untuk mengenal dan menjalin kerjasama lebih erat antara MACC dan KPDNHEP, khususnya dalam usaha untuk membangunkan Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan supaya lebih dynamic, berdaya maju dan berdaya saing. 

Dalam pertemuan tersebut MACC telah menayangkan video Profail MACC diikuti dengan pembentangan slide mengenai hala tuju MACC yang disampaikan oleh En Nik Husin, Setiauasaha Kerja MACC. Tuan Haji Hedzir turut membentangkan slide mengenai usaha ke arah mengadaptasi IR4, Revolusi Industri 4; Robotik, Automasi dan Pendigitalan.

Perwakilan dari KPDNHEP turut ditunjukkan penggunaan robot untuk kerja-kerja menyental lantai.

Posted on Leave a comment

Wacana Cabaran Sektor Pembersihan

Sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 27, MACC telah mengadakan sesi Wacana Cabaran Sektor Pembersihan pada 25 Mei 2022 bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam

Wacana membincangkan antara lain;

  1. Peranan dan tanggungjawap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengawal selia dan membantu pertumbuhan sektor pembersihan yang mampan dan berdaya maju.
  2. Isu dan masalah yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pematuhan Akta 446 Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja
  3. Isu dan masalah yang berkaitan dengan pengambilan dan pengurusan pekerja asing dalam sektor pembersihan
  4. Program dan insentif pengambilan pekerja tempatan oleh PERKESO

Membincangkan isu berkaitan ialah En Muhamad Hanif Asa’ari, Pengarah Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, Tuan Wan Ismail Wan Ibrahim, Pengarah Bahagian Standard Pemburuhan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan En Amirudin Safwan Abdul Samad dari Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO. Turut hadir pegawai dari Kementerian Dalam Negeri sebagai pemerhati.

Diharap melalui perbincangan ini kedua pihak, kerajaan dan kontraktor dapat menemui titik pertemuan bagi melaksana dan mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan serta sektor pembersihan dapat terus memainkan peranannya dalam memelihara kebersihan dan imej Malaysia sebagai sebuah negara maju.