Posted on Leave a comment

MISI PENGUMPULAN MAKLUMAT PERKEMBANGAN INDUSTRI PEMBERSIHAN DI INDONESIA, JAKARTA – 6-9 OKTOBER 2023

Rombongan MACC dengan perbelanjaan sendiri, yang turut diiringi oleh pegawai dari Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Industri Perkhidmatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan pegawai Perbadanan Produktiviti Malaysia telah mengadakkan lawatan sambal kerja ke Jakarta, Indonesia dari 6hb hingga 9hb Oktober..

Matlamat utama lawatan adalah untuk mengumpul maklumat perkembangan industri pencucian di Indonesia dan usaha pembangunan tenaga kerjanya, selaras dengan tema Expo Clean Jakarta 2023. ‘Pengembangan SDM (Sumber Daya Manusia) dan Teknologi Dalam Industri Klining Servis Di Era Baru’.

Rombongan MACC, KPDN dan MPC telah berpeluang mengadakan perbincangan dengan Bapak Moh Amir Syarifuddin, Direktor Bina Standardisasi Kompetensi dan Program Pelatihan, Kementerian Ketenagakerjaan R.I dan Ibu Tetty DS Ariyanto, Anggota Badan Nasional Sertifikasi Profesi di pejabat Directorat Jeneral Pembinaan Pelatihan Vokasi dan Produktiviti.

 Antara perkara yang dibincangkan ialah penyelarasan program latihan dan sertifikasi di Indonesia dan di Malaysia supaya sertifikasi antara kedua negara diikhtiraf. Turut dicadangkan supaya Malaysia mengambil pekerja-pekerja Indonesia yang telah terlatih dan disertifikasi.