Category: Aktiviti Semasa 2024
Mesyauarat Agung Tahunan Ke 29
Dewan Serbaguna KPDNKSH Putrajaya
Mesyauarat Agung Tahunan ke 29 MACC telah diadakan pada 12 Ogos 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Putrajaya.
Ahli Jawatankuasa baru yang dilantik bagi menerajui Sesi 2024 – 2026 adalah sepertii berikut;
Presiden: En Noruddin Hj Idris (Q Services Sdn Bhd)
Timbalan Presiden: Hj Faizal Rahim bin Moidunny (Harta Mantainance Sdn Bhd)
Naib Pengerusi: En Mohd Muzani Bin Dato’ Mohd Zin (MZ Integrated (M) S/B)
Setiausaha: En Zulkifli Bin Salleh (Isba Bersih Sdn Bhd)
Penolong Setiusaha: En Hakimi Bin Rosli (Tanzim Cleaning & Services)
Bendahari: En Mohd Rosdi Bin Ahmad (Wizam Enterprise)
Penolong Bendahari: En Murali Nair (Metro Fasilities Sdn Bhd)
AJK:
- Dato Md Zainal B Ab Wahab (MZW Duraclean Services)
- Pn Zahela Bt Amzah (Ind & Com Cleaning Sdn Bhd)
- En Tony Clifford (Suria Mentari Cleaning Services Sdn Bhd)
- En Zia-ul Haq Bin Abdul Rahim (QNQ Cleaning & Mantainance Sendirian Berhad)
- Mejar (B) Mohd Zainal bin Juni (Sisipan Emas(M) Sdn Bhd)
- En Shahbudin Bin Mohd Nordin (Harta Mantainance (Penang) Sdn Bhd)
Mesyuarat turut meluluskan 6 pindaan pada undang-undang kecil MACC seperti berikut;
- Persatuan itu akan dikenali sebagai ‘Persatuan Pengurusan Pembersihan Malaysia’, dalam bahasa Inggeris ‘Malaysia Association of Cleaning Management’ atau dengan akronimnya ‘MACM’ (Klausa 1a)
- Had perbelanjaan sebulan dinaikkan dari RM500 ke RM5,000 tertakluk kepada RM80,000 setahun atau baki bank tidak kurang dari RM20,000 (Klausa 23d)
- Yuran tahunan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu sebelum akhir bulan Mac setiap tahun. (Klausa 4b)
- Ahli yang gagal menjelaskan yuran tahunan sebelum 1 Januari setiap tahun, akan menerima surat peringatan dari Setiauasaha dan keahliannya akan digantung sehingga yuran tahunan dijelaskan sepenuhnya. Selepas tiga (3) bulan sekiranya ahli masih gagal menjelaskan yurannya, keahliannya akan gugur dan Jawatankuasa berhak menentukan yuran kemasukkan semulanya (Klausa 4d).
- Yuran tahunan bagi ahli baharu yang mendaftar dalam tempoh kurang daripada satu tahun dari tahun kewangan hendaklah membayar kadar prorata untuk baki keahlian tahun tersebut. (Klausa tambahan 4h).
- Semua ahli Jawatankuasa Eksekutif hendaklah berkhidmat secara kehormat untuk tempoh dua tahun dan layak untuk dipilih semula melainkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, yang akan berkhidmat tidak lebih daripada 2 penggal atau 4 tahun. Ahli Jawatankuasa Eksekutif tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan pada masa yang sama (Klausa 18).
Mesyuarat turut meluluskan usul supaya Jawatankuasa baru mendesak Kerajaan untuk menjadikan keahlian sebagai ahli MACM wajip untuk menyertai mana-mana tender Kerajaan. Ia bertujuan untuk memastikan kontraktor yang dilantik berkualiti, bertanggungjawap dan berintegriti.
Majlis Ikrar Integriti
12 Ogos 2024 | Dewan Serbaguna KPDNKSH Putrajaya
Sempena dengan Mesyauarat Agung Tahunan ke 29, MACC telah mengadakan Majlis Ikrar Integriti yang bertujuan untuk,
- Menzahirkan iltizam kontraktor-kontraktor pembersihan untuk menjauhi amalan rasuah dalam apa bentuk dan keadaan sekalipun.
- Menyokong usaha kerajaan untuk membersihkan Malaysia dari genjala rasuah.
- Melahirkan kontraktor-kontraktor pembersihan yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti, yang mengutamakan,
- Kualiti perkhidmatan sebagai teras untuk memenangi kontrak
- Berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualititanpa perlu ‘meyuap’ untuk mendapatkan kontrak dan mengelak pemotongan.
- Tanpa rasuah kualiti perkhidmatan pembersihan akan lebih terjamin.
Majlis Ikrar telah diresmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH), Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, seterusnya menjadi saksi ikrar yang dilafazkan oleh ahli-ahli.
Turut menjadi saksi ikrar ialah Penguasa Kanan Rostam Maidin, Penguarkuasa Kanan SPRM, Datuk Nasir Hamzah, Penasihat Projek Rasuah Buster dan Datuk Rohaizi Bahari, Ketua Sektor Perdagangan, Pengedaran & Perniagaan, KPDNKSH.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan dengan tajuk-tajuk berikut;
- “Kontraktor Berintegriti Perkhidmatan Berkualiti” oleh En Afandi Mohd Isa, Ketua Penolong Pengarah Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Industri Perkhidmatan, KPDNKSH
- “Gejala Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan dan Swasta” oleh PsK Rostam bin Maidin, Penguatkuasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- “Rasuah: Siapa Untung Siapa Rugi” oleh Datuk Nasir Hamzah, Penasihat Projek Rasuah Busters.
Seramai 100 orang ahli telah melafazkan ikrar tersebut.