info@macc.org.my

TEL: 019-3158470 FAX: 03-40233105

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Lawatan Sambil Belajar ke Kasablanka Mall, Jakarta – 11 Jul 2019

Jawatankuasa MACC (atas perbelanjaan sendiri)  serta dua pemenang tiket penerbangan, telah ke Jakarta Indonesia bagi menghadiri Expo Clean, Jakarta 2019. Kesempatan berada di Jakarta telah digunakan untuk melawat Kasablanka Mall, kompleks serba guna terbesar di Asia. 

Kasablanka Mall merupakan sebahagian dari pembangunan berbagai yang meliputi kawasan seluas 11.5 hektar yang terdiri daripada menara pejabat, suit pejabat servis, pusat membeli-belah, dewan konvention dan menara kondominium. Pusat membeli-belahnya adalah seluas 60,000 m2, dengan lebih 250 unit kedai.

Kehadiran kami telah disambut oleh Bapak Nur Rachmat; Penolong Pengurus Operasi Kota Kasablanka dan Ibu Rini yang telah mengiringi kami melawat Mall serta tempat utama di Mall seperti di Masjid dalam Mall dan Dewan Konvension yang pernah menerima kunjungan bekas Presiden Amerika Syarikat; Barack Obama.

Apa yang menarik perhatian kami ialah kebersihan keseluruhan mall khususnya kawasan tandas dan surau yang tidak berbau masam disebabkan karpet yang lembab. Dari pemerhatian kami, terdapat jarak antara tempat wuduk dan dewan sembahyang, yang memungkinkan tapak kaki kering sebelum mencecah karpet dewan sembahyang.

Kami difahamkan setiap tingkat terdapat 3 orang pekerja menjaga kawasan lobi dan seorang pekerja bagi setiap unit tandas. Setiap pekerja mempunyai tag pengesan bagi memastikan mereka tidak keluar dari kawasan bekerja masing-masing. Rata-rata pekerja pencucinya di bawah 25 tahun. Pekerja di bayar gaji dalam lingkungan RM1,200 sebulan dan diberi latihan setiap minggu.

Tahap kebersihannya yang tinggi adalah disebabkan liputan kawasan kerja pekerja yang rendah, pekerja yang muda-muda belaka; masih aktif dan bertenaga serta latihan yang diberi secara berterusan. Paling penting ialah kesanggupan pihak pengurusan bangunan membayar harga kontrak yang tinggi untuk kualiti kebersihan yang terbaik.

Anda mungkin juga menikmati