info@macc.org.my

TEL: 019-3158470 FAX: 03-40233105

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Mesyuarat Kajian Penambahbaikan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan

Pada 11 Ogos 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menjemput MACC untuk menghadiri Mesyuarat Kajian Penambahbaikan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan.

Mewakili MACC ke mesyuarat tersebut ialah Presiden; En Noruddin, Timbalan Presiden; Tuan Haji Faizal Rahim dan Setiausaha Kerja; En Nik Husin. Turut hadir ialah En Shahbuddin mewakili Harta Maintenance Sdn Bhd. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato; Rohaizi Bahari, Ketua Sektor Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan KPDNHEP membincangkan skop kajian yang akan dijalankan bagi penambahbaikan Dasar Pengurusan Pekerja Asing Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan.

Tujuan kajian dijalankan untuk mencapai objektif berikut;

  1. Menentukan syarat-syarat baru permohonan pengambilan pekerja asing termasuk pengiraan kuota kelayakan.
  2. Mengenalpasti keperluan membuka lebib banyak lokasi yang sesuai untuk membenarkan syarikat pencucian menjalankan aktiviti perniagaan yang melibatkan tenaga kerja asing.
  3. Mengenalpasti kaedah-kaedah penambahbaikkan pengawal seliaan pekerja asing bagi Sub-Sektor Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan.

MACC menyambut baik usaha KPDNHEP menjalankan kajian tersebut yang tentunya dapat mambantu mempermudahkan pengambilan pekerja asing bagi kontraktor pembersihan yang ‘genuine’ dan pada masa yang sama mengelak kuota pengambilan pekerja asing disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawap.

Anda mungkin juga menikmati