info@macc.org.my

TEL: 019-3158470 FAX: 03-40233105

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Sesi Percambahan Fikiran: Isu Gaji Minimum RM1500

Menyahut cadangan ahli-ahli, Jawatankuasa MACC telah mengadakan sesi percambahan fikiran bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil berikutan pengistiharan kenaikan gaji minimum RM1500 berkuatkuasa 1 Mei 2022.

Sesi yang sepatutnya diadakan di Hotel Mardhiyyah Shah Alam terpaksa dipindahkan ke pejabat Q-Services Sdn Bhd kerana kurang sambutan dari ahli-ahli. Hanya dua belas orang, termasuk Jawatankuasa yang hadir untuk sesi tersebut.

Presiden, En Noruddin telah membentangkan rentetan pengistiharan gaji minimum dan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Saravanan dan Datuk Noh Omar serta tindakan susulan yang telah diambil oleh MACC.

Ahli yang hadir telah mencadangkan perkara untuk dikemukakan kepada kerajaan, bagi menanggani masalah kenaikan gaji minimum,

  1. Majikan dibenarkan memotong gaji pekerja untuk levi pekerja asing.
  2. Tempuh sahlaku permit kerja di panjangkan ke dua tahun. Iaitu pembaharuan permit kerja dibuat dua tahun sekali bagi meringankan beban kontraktor.
  3. Diskaun 25% untuk bayaran levi yang diperkenalkan semasa COVID-19 di lanjutkan tempuhnya.
  4. Pekerja pembersihan perlu dipersijilkan untuk menaikan imej mereka serta menarik minat pekerja tempatan.
  5. Mengklasifikasikan kontraktor pembersihan mengikut kemampuan mereka untuk mengurangkan perebutan kontrak.

Jawatankuasa akan memperhalusi cadangan yang dikemukakan dan memanjangkannya ke pihak yang berkaitan.

Anda mungkin juga menikmati