info@macc.org.my

TEL: 019-3158470 FAX: 03-40233105

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Taklimat PENJANA oleh PERKESO – 23 Sep 2020

Dalam usaha membantu ahli-ahli memulihkan perniagaan mereka pasca Covid-19, MACC telah mengadakan Taklimat PENJANA oleh PERKESO sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 26 MACC yang diadakan pada 23hb September 2020 di Hotel AC Marriot, Kuala Lumpur.

Puan Fadlina binti Adam, Ketua Zon (Perkhidmatan Pekerjaan), PERKESO telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program LatIhan’ di Bawah Program Insentif PENJANAKERJAYA. Di bawah program tersebut terdapat 4 insentif yang disediakan, iaitu; 

  1. MyApprentice– Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.
  2. HireMalaysia – yang terdiri daripada tiga kategori insentif iaitu,
  1. Insentif Pengambilan Pekerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
  2. Insentif Pengambilan Pekerja tempatan berumur 40 tahun sehingga 60 tahun; dan
  3. Insentif Pengambilan Pekerja tempatan dalam golongan mudah terjejas terutamanya Orang Kurang Upaya (OKU) dan peserta Program Return to Work PERKESO
    • Bantuan Mobiliti(Mobility Assistance) – bayaran one-off kepada pekerja melalui majikan yang berpindah dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;
  1. Program Latihan– menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah kategori #HireMalaysia.

Seterusnya Puan Farah Wahidah Anuar Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, SIP telah menerangkan mengenai kaedah pendaftaran dalam MyFutureJobs bagi majikan yang memerlukan pekerja dan orang yang kehilangan kerja.

MACC akan mengambil tindakan susulan bagi mengatur program pengambilan pekerja di Projek Perumahan Rakyat dengan kerjasama PERKESO.

Anda mungkin juga menikmati