info@macc.org.my

TEL: 019-3158470 FAX: 03-40233105

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Webinar ‘Pemerkasaan Industri Pembersihan Negara: Cabaran & Isu-Isu Terkini’ – 24 Sep 2020

Sepanjang tempuh PKP, MACC telah meneruskan usaha membantu ahli-ahli menghadapi cabaran kesan dari Covid-19 dengan mengadakan beberapa siri webinar; seminar atas talian bagi membantu. Antara webinar yang diadakan ialah siri webinar ‘Changing Landscape of Cleaning’, yang dijalankan dengan kerjasama CIS.

Memulakan siri webinar ini ialah perbincangan yang bertajuk ‘Pemerkasaan Industri Pembersihan Negara: Cabaran & Isu-Isu Terkini’. Perbincangan dikendalikan oleh Tuan Haji Faizal Rahim Moidunny, Pemangku Timbalan Presiden MACC, dengan ahli panel terdiri daripada Dato’ Haji Mohamad Hedzir Shafii; Pengarah Urusan Juwara Resources & Trading Sdn Bhd, En. Nor Azman Amat Kalam; Setiausaha Agung Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM) dan En. Rozaini Nizar; ahli Institut Pengurus Harta & Fasiliti Malaysia (MIPFM).

Perbincangan berkisar kepada cabaran dan isu-isu terkini yang dihadapi oleh kontraktor-kontraktor pembersihan dan perlunya ahli, kontraktor dan pelanggan mengembleng tenaga untuk memperkasakan industri pembersihan di Malaysia.

Anda mungkin juga menikmati