Posted on Leave a comment

Isu Kenaikan Gaji Minimum RM1500

Isu kenaikan gaji minimum dan kesannya ke atas kontraktor pembersihan telah dibangkitkan oleh Presiden, En. Noruddin Idris dalam akhbar atas talian The Malaysian Reserve, dengan tajuk ‘Increasing minimum wage not a holistic solution’. Disiarkan pada 21 Mac 2022.

Ini diikuti oleh Utusan Malaysia yang menyiarkan pandangan Presiden, En Noruddin dalam isu yang sama, dengan tajuk ‘Kenaikan gaji minimum beban kontraktor’ dalam ruangan Forum akhbar tersebut pada 26hb Mac 2022.

Seterusnya pada 5 April, sebuah lagi rencana En Noruddin dengan tajuk ‘Gaji naik harga naik’ turut disiarkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia. Antara lain, beliau membidas pandangan yang mengatakan kenaikan gaji minimum akan meringankan beban rakyat.