TEL: 016-5583644

Mon - Fri : 9:00 - 17:00 Sat - Sun : Tutup

Wacana Cabaran Sektor Pembersihan

Sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Ke 27, MACC telah mengadakan sesi Wacana Cabaran Sektor Pembersihan pada 25 Mei 2022 bertempat di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam

Wacana membincangkan antara lain;

  1. Peranan dan tanggungjawap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengawal selia dan membantu pertumbuhan sektor pembersihan yang mampan dan berdaya maju.
  2. Isu dan masalah yang berkaitan dengan perlaksanaan dan pematuhan Akta 446 Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja
  3. Isu dan masalah yang berkaitan dengan pengambilan dan pengurusan pekerja asing dalam sektor pembersihan
  4. Program dan insentif pengambilan pekerja tempatan oleh PERKESO

Membincangkan isu berkaitan ialah En Muhamad Hanif Asa’ari, Pengarah Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Perniagaan, Tuan Wan Ismail Wan Ibrahim, Pengarah Bahagian Standard Pemburuhan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan En Amirudin Safwan Abdul Samad dari Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO. Turut hadir pegawai dari Kementerian Dalam Negeri sebagai pemerhati.

Diharap melalui perbincangan ini kedua pihak, kerajaan dan kontraktor dapat menemui titik pertemuan bagi melaksana dan mematuhi akta dan peraturan yang berkaitan serta sektor pembersihan dapat terus memainkan peranannya dalam memelihara kebersihan dan imej Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Anda mungkin juga menikmati